aku ni bukanlah jenis suke cakap rasa tak puashati atau marah depan public sbb aku taknak die rase malu..kadang2 sbg customer pun, walaupun bukan aku yg salah tapi aku tak pertahankan hak aku sbg pengguna...cume aku akan jadikan blog ni sbg luahan rasa tak puashati dan geram aku pd pihak2 yg aku marah...

Tuesday, November 22, 2011

kwsp itu membebankan majikan jika...


biar aku terangkan kenapa kwsp itu membebakan majikan berdasarkan pengalaman aku.

ok, company aku ni kecik2 je. staff pun 2-3 org je. total salary aku kena bayar tiap bulan pun cume dlm rm3800 je. ok, bunyi mcm tak byk kan, tapi mcm aku ckp, company aku ni kecik2 je, bile dicampur salary, sewa ofis, bil tepon ofis, bil api ofis, bil air ofis dan lain2 bil yg berkaitan ofis, memang byk. kalau ade income takpe, kalau takde income makan maggi kari pun rase makan getah yg ikat plastik tu. aku pulak buat bisnes yg bkn tiap bulan ade income. dlm setahun, mesti ade 3 bulan yg aku akan menggaru kepala pening kat mane nak cekau duit bayar bil2 ofis, yg penting lepaskn gaji staff dulu. utk aku n family, selalu aku akan letak kat belakang dulu. so, total sebulan mesti ade dalam 8 ribu. 

skrg bayangkan pula kalau selama 3 bulan takde income, dah tentu yg 8 ribu satu benda yg membebankan.  8 ribu kali kan pulak dgn 3 bulan, dah 24 ribu. itu baru hal2 ofis, belum campur dgn hal2 nak byr utk isi rumah dan personal. tambahan pula aku ni takde simpanan tetap. yelah, baru nak simpan sikit, dah kena keluarkan utk byr hutang ofis dan lain2. ditambah pula kena byr staff kwsp n socso. oklah, socso tu tak terasa sgt sbb tak besar sgt amount nye. tapi kwsp tu mmg besar amount nye, lebih2 lg caruman dr majikan, memang byk, aku rase total lebih 500 jugak. bunyi mcm sikit, tapi mcm aku ckp, kalau takde income, 500 tu amount byk tu. mmg nmpk sgt bebannye. tu belum lg bil2 rumah, bil2 peribadi (handphone, kereta etc). itu baru 3 bulan takde income. yg lagi 9 bulan tu blm tentu tiap bulan ade income. dlm 9 bulan tu, ade lah dlm 2 bulan takde income. staff ni pulak tiap kali buat quotation tak penah yg mengena. suruh cari customer pun taknak.

aku tak pasti kenapa majikan pun perlu buat caruman. kalau staff ni tadi buat kerja bersungguh, mesti aku rase taklah teruk sgt. ye lah,maksud aku di sini, kalau mereka buat kerja bersungguh, mesti income masuk banyak kan? ini tak, aku yg nak kena cari income masuk. kalau mcm tu baik aku sorang je yg kerja, takyah gajikan mereka. tujuan aku gajikan mereka supaya boleh tolong sama dgn aku cari income masuk. bukannya aku kerja teruk2 sorang2 dari subuh pagi smpi tgh mlm hanya utk gajikan mereka. karang bile berentikan mereka kang, dikata taknak tolong sebangsa seagama. lepas tu kang kena bayar extra gaji (pampasan) lump-sum on the spot. mane nak cari?

kite selalu dgr pekerja terabailah, majikan jahat lah, siap ade badan2 kerajaan yg protect pekerja. tapi utk majikan? maksud aku utk majikan yg kena tipu dgn pekerja? pagi dtg kerja, bukak facebook, update status. lepas tu status tu dibalas2 smpi dekat 80 komen kat status tu. bile kena marah dgn bos, update status lagi. pastu balas2 komen kat status tu lagi. petang sblm balik, update status lagi. edit2 gambar2 lah. bile aku block facebook, die unblock kan facebook tu. pastu update blog pulak. pening dgn perangai staff mcm ni. bile kite marah, die menjawab smpi tak habis. pastu bergayut dgn boyfriend. window shopping kat internet lah. datang ikut suka lah. tu lah perangai 3 org staff kat ofis aku.

skrg kes kwsp aku ni dah smpi mahkamah. kwsp tau ape. mereka tak pedulik masalah ko. ade duit ke. takde duit ke, staff buat perangai ke, mmg mereka tak pedulik, yg mereka tu aku tetap kena byr. terus terang aku ckp, waktu2 mcm ni, pd aku mereka mcm takde hati perut. ye lah, mane nak cari duit dlm tempoh masa yg diorang bg tu? gaji staff pun kdg tu terpaksa pinjam dgn family, sedara mara. bile ade income, nak kena byr diorang balik.

kalau ditanya apekah benda yg paling aku menyesal. inilah die, mengambil staff begini bekerja, byr gaji diorang n byr kwsp diorang.

Wednesday, November 16, 2011

masalah parking kat al-rajhi bank kajang






ok hari tu aku pergi al-rajhi bank kat kajang sbb urusan kerja. bukan sbb aku ade akaun kat sane tapi org yg aku kena masukkn duit tu akaunnya kat bank al-rajhi. meh aku cite, kat mana bank al-rajhi tu. ianya terletak sederet dgn hotel metro inn kajang yg skrg dikenali sbg prescott metro inn kajang.

parking kat atas tu punyalah penuh sepenuh2nya. sudahlah dgn laluan kereta masuk jalan tu sempit sbb kiri kanan ade parking lot tapi dipenuhi dgn kereta2. aku pergi dgn laki aku. nak parking kat basement kang, buatnya parking tu utk penginap2 hotel metro inn tu kang, tak dibagi masuk pulak. so, aku ckp dgn laki aku, suh tunggu dlm kereta depan bank ni je, mungkin cepat habis sbb tgk kat dalam bank tu TAKDE ORANG. bila aku buka pintu, kereta belakang hon sbb die tak muat nak masuk nak jalan. sebenarnya muat, tapi driver tu tak konfiden, mana taknya, sudahlah jalan kecil, kiri kanan org parking kereta, pastu laki aku  berhentikn kereta lagi belah kanan (berdepan bank), mmg lah driver tu tak konfiden boleh lepas, tak kire lah driver laki or pompuan.

driver tu hon, laki aku pun hon. laki aku ckp amik lesen tak pas ke. pastu driver tu hon lagi, laki aku hon lagi. so, pak guard (aku rase pak guard sbb die pengang senapang tapi tak tau nape die pakai baju kemas mcm bank officer) ni kuar dan tgk ape yg terjadi. tau ape tindakan pak guard tu?die tengok je lah.nak buat ape kan. tugasnya cume guard bank. aku cakap, angkat lah papan tanda kat parking lot ni. aku ni nak guna servis bank ko ni. tapi die cume pandang aku seolah aku ni tak bercakap dgn die, mcm aku ni angin, org mane nampak angin kan, ha, macam tu lah. yg laki aku pulak, die ke depankan kereta die sket supaya kereta belakang tu blh lalu.

dlm bank, kat kaunter depan utk ambik no giliran dan isi borang, aku ckp kat pompuan tu, sape parking banyak2 kat depan tu, klu korang (staff) yg parking kat situ considerlah pi parking tempat lain, customer pulak nak ulang alik pusing buang masa cari parking. die kate bukan staff yg parking kat depan tu. die kata kat mana2 bank semua ade masalah parking. aku tak menjawab balik sbb aku malas nak menjawab dgn org macam ni. aku ni selalu buat urusan bank kat maybank n cimb. mmg aku tak nafikan kat maybank n cimb tu pun ada masalah parking tapi aku percaya sbb bile aku kedua2 bank tu, mmg penuh dgn customerssssssss. al-rajhi bank yg cume ade aku sbg customer, pompuan tu blh kata kat mana2 bank mmg ade masalah parking. 

tu 1 hal. bile dah amik no. giliran, aku kena duduk dulu utk 5-10 min sbb TIADA staff pun kat kaunter tu. patutnya, aku puny boleh terus setel bukannya ade customer lain. mase tu aku nampak pak guard tadi bawak bungkusan makanan dan naik atas, masuk dlm bilik. mungkin die bukan pak guard, tapi kenapa pegang senapang dan tunggu depan pintu masuk. takdelah aku nak bukak akaun kat al-rajhi bank ni. 

dulu pun aku dah pernah ade kes dgn pak guard ni. masa tu pun aku nak urusan yg sama. bila aku n laki aku park kat depan bank tu, muka die masam habis. bila aku dah setel urusan, keluar je kereta, die cepat2 turun letak papan tanda kat parking lot tu dgn mukanya yg mcm marah dan masam habis sambil memandang ke arah kami.

ok, look! customers sepatutnya dilayan seperti raja kerana mereka lah penyumbang business anda.


masalah parking lot di apartment aku

pic
semalam bile aku balik rumah, aku nak park kereta aku kat tempat biasa aku park kereta la kan. masalahnya ade pulak orang yang tak reti bahasa boleh park kereta kat tempat aku. masalah dengan apartment aku ni, setiap unit disediakan 1 je parking lot, pulak tu tanpa bertulis no. unit kat parking lot tu, yg tulis cume no. digit biasa. aku bagi contoh, apartment aku unit B-2-8 akan dapat parking lot bernombor 178. patutnya developer ni tulis no. unit kat situ, at least takdelah mereka yg tak reti bahasa ingat semua parking lot kat apartment ni milik diorang.

cume korang pikir, kalau 1 unit ade 5 kepala yg berbeza, dah tentu ade 5 kereta yg berbeza. 1 parking lot mmg dah diperuntukkan utk ko, habis takkan 4 lagi tu pun ko nak amik buat mcm semua unit kat apartment ni korang yg punye.

yg aku saket hatisgt tu, aku ni bawak anak2 kecil. pulak tu time tu tengah hujan. parking lot yg mmg diperuntukn utk aku tu mmg betul2 depan unit aku, so, bile aku balek semalam aku tgk ade pulak org yg dah parking kat situ. mane aku tak hangin. aku tak minta anak2 aku demam, tapi anak2 aku masih kecik. ko tu lain cite lah, budak umur 20-an, aku tgk lagi gagah dr aku.

susah betol kalau ade org yg mmg tak faham bahasa walau kita dah ckp macam2 bahasa yg die faham.