aku ni bukanlah jenis suke cakap rasa tak puashati atau marah depan public sbb aku taknak die rase malu..kadang2 sbg customer pun, walaupun bukan aku yg salah tapi aku tak pertahankan hak aku sbg pengguna...cume aku akan jadikan blog ni sbg luahan rasa tak puashati dan geram aku pd pihak2 yg aku marah...

Wednesday, November 16, 2011

masalah parking kat al-rajhi bank kajang






ok hari tu aku pergi al-rajhi bank kat kajang sbb urusan kerja. bukan sbb aku ade akaun kat sane tapi org yg aku kena masukkn duit tu akaunnya kat bank al-rajhi. meh aku cite, kat mana bank al-rajhi tu. ianya terletak sederet dgn hotel metro inn kajang yg skrg dikenali sbg prescott metro inn kajang.

parking kat atas tu punyalah penuh sepenuh2nya. sudahlah dgn laluan kereta masuk jalan tu sempit sbb kiri kanan ade parking lot tapi dipenuhi dgn kereta2. aku pergi dgn laki aku. nak parking kat basement kang, buatnya parking tu utk penginap2 hotel metro inn tu kang, tak dibagi masuk pulak. so, aku ckp dgn laki aku, suh tunggu dlm kereta depan bank ni je, mungkin cepat habis sbb tgk kat dalam bank tu TAKDE ORANG. bila aku buka pintu, kereta belakang hon sbb die tak muat nak masuk nak jalan. sebenarnya muat, tapi driver tu tak konfiden, mana taknya, sudahlah jalan kecil, kiri kanan org parking kereta, pastu laki aku  berhentikn kereta lagi belah kanan (berdepan bank), mmg lah driver tu tak konfiden boleh lepas, tak kire lah driver laki or pompuan.

driver tu hon, laki aku pun hon. laki aku ckp amik lesen tak pas ke. pastu driver tu hon lagi, laki aku hon lagi. so, pak guard (aku rase pak guard sbb die pengang senapang tapi tak tau nape die pakai baju kemas mcm bank officer) ni kuar dan tgk ape yg terjadi. tau ape tindakan pak guard tu?die tengok je lah.nak buat ape kan. tugasnya cume guard bank. aku cakap, angkat lah papan tanda kat parking lot ni. aku ni nak guna servis bank ko ni. tapi die cume pandang aku seolah aku ni tak bercakap dgn die, mcm aku ni angin, org mane nampak angin kan, ha, macam tu lah. yg laki aku pulak, die ke depankan kereta die sket supaya kereta belakang tu blh lalu.

dlm bank, kat kaunter depan utk ambik no giliran dan isi borang, aku ckp kat pompuan tu, sape parking banyak2 kat depan tu, klu korang (staff) yg parking kat situ considerlah pi parking tempat lain, customer pulak nak ulang alik pusing buang masa cari parking. die kate bukan staff yg parking kat depan tu. die kata kat mana2 bank semua ade masalah parking. aku tak menjawab balik sbb aku malas nak menjawab dgn org macam ni. aku ni selalu buat urusan bank kat maybank n cimb. mmg aku tak nafikan kat maybank n cimb tu pun ada masalah parking tapi aku percaya sbb bile aku kedua2 bank tu, mmg penuh dgn customerssssssss. al-rajhi bank yg cume ade aku sbg customer, pompuan tu blh kata kat mana2 bank mmg ade masalah parking. 

tu 1 hal. bile dah amik no. giliran, aku kena duduk dulu utk 5-10 min sbb TIADA staff pun kat kaunter tu. patutnya, aku puny boleh terus setel bukannya ade customer lain. mase tu aku nampak pak guard tadi bawak bungkusan makanan dan naik atas, masuk dlm bilik. mungkin die bukan pak guard, tapi kenapa pegang senapang dan tunggu depan pintu masuk. takdelah aku nak bukak akaun kat al-rajhi bank ni. 

dulu pun aku dah pernah ade kes dgn pak guard ni. masa tu pun aku nak urusan yg sama. bila aku n laki aku park kat depan bank tu, muka die masam habis. bila aku dah setel urusan, keluar je kereta, die cepat2 turun letak papan tanda kat parking lot tu dgn mukanya yg mcm marah dan masam habis sambil memandang ke arah kami.

ok, look! customers sepatutnya dilayan seperti raja kerana mereka lah penyumbang business anda.


No comments:

Post a Comment